Friday, April 15, 2011

Doa...

Alahai,....bila ingat kat anak-anak..rasa sebak di hati. Tambahan pulak..bila duduk sorang-sorang.. Aku harap sangat anak-anak aku jadi insan yang berguna bila depa besaq nanti. Depa akan sentiasa menghormati aku, babah serta ayah Zack depa. Mudah-mudahan depa tak kan tersilap langkah dalam mengharungi arus hidup di zaman ni...era globalisasi..

Hakikat hidup yang nyata..tak dak insan suci yang tak mempunyai masa lampau dan tak dak insan berdosa yang tak punya masa depan.. Macam tu jugak dengan diri aku. Allah cipta diri kita sebagai manusia..ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Aku tak pernah lupa kata-kata arwah mak aku..'tak dak manusia yang sempurna dalam segala segi..'. Aku akui kata-kata arwah...Rupa-rupanya..hadirmu cuma bersandiwara.....hehehe.. tersasar ke lagu Iklim la pulak.. Rupa-rupanya..diri aku masih lagi serba kekurangan..masih banyak lagi yang aku perlu belajaq. Namun aku sangat-sangat bersyukur kerana dapat didikan yang sempurna dari arwah mak dan ayah. Walaupun serba serbi kekurangan masa tu, tapi hidup aku penuh dengan kasih sayang...errrmmm....dalam ertikata..bahagia. Sejak arwah mak dan arwah ayah tak dak..memang aku sunyi gila.. Sentiasa rindu kat depa.rindu yang tak bertepi... Kasih sayang depa kat aku tak dak nilaiannya...

Di lubuk hati aku..aku merafakkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana hati aku masih lagi kuat..jiwa aku masih lagi kental walaupun macam-macam musibah aku terima. 

"Ya Allah Ya Tuhanku. Ku panjatkan doa padamu Ya Allah. KAU ampunilah semua dosa-dosaku, dosa kedua-dua mak dan ayahku, dosa suamiku, dosa anak-anakku. Kurniakanlah kami sekeluarga nikmat kesihatan yang baik dan terangilah hati kami dengan Nur pancaran iman. Tetapkanlah hati kami sekeluarga dalam beribadat kepadaMU, sujud kepadaMU. Perluaskanlah rezeki kami, permudahkanlah segala pekerjaan kami. Dekatkan kami pada jalan kebaikan dan KAU jauhkanlah kami dari sebarang kejahatan. Tunaikanlah hajat kami sama ada dalam perkara agama, dunia mahupun akhirat..."





Untuk Renungan Anak-anak Bonda....

Anak-anak kesayangan bonda...Muhammad Aliff Najmi, Nur Farhana Wahida, Nur Wardatul Raihanah dan Muhammad Eiman Danish... Jangan anak-anak bonda lupa diri.....Sentiasa muhasabah, tengok kekurangan diri....
" Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan TIDAK mengetahui suatu apa pun dan DIA mengurniakan kepada kamu PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan HATI (akal fikiran) agar kamu bersyukur..."

Tuesday, February 22, 2011

Hati yang terasa..

Bila ingat pasai umoq yang makin meningkat..dah nak masuk 40's tahun ni...makin banyak yang kita pikiaq rupanya.. Orang lain aku tak tau la...tapi..aku..dari sari ke sari..makin banyak yang ada dalam kepala otak aku ni. Paling banyak aku pikiaq, bila aku dok sorang2 (masa anak-anak pi sekolah).
Aku ni kan manusia biasa yang langsung tak dak kelebihan. Yang aku ada cuma hati.. nak kata hati aku baik sangat..dak jugak. Nak kata jahat, aku memang tak boleh nak komen. Kita mana boleh nak nilai diri kita sendiri...betoi dak???? Tapi apa yang pasti, aku tak penah khianati orang. Apatah lagi nak menganiaya orang..
Yang selalu terkena adalah diri aku sendiri... Hangpa agak-agak..apa rasanya bila tau diri kita teraniaya dan di khianati oleh orang yang kita kenai, orang yang selama ni rapat dengan kita, orang yang selama ni bila dia susah...kita yang dulu pi tolong dia.. Last-last, kita jugak yang dikatakan jahat. Tup-tup..kita jugak yang diburuk-burukkan. Pada aku, kalau orang luaq (maksud aku yang tak dak kena mengena dengan aku la....) aku tak ambik pot sangat, tapi kalau orang yang selama ni kita tatang, kita kasih dan sayang sepenuh hati..???..yang buat macam tu.. Tak tau nak kata la...terluka macam mana kat hati ni... Aku lebih suka menangis..(menangis yang nyata...sampai kuaq ayaq mata) dari menangis dalam hati (zahir tak nampak...batin saja yang rasa perit...)

Pengalaman dalam pantang...

Pengalaman dalam pantang...
Tah apa yang tak kena malam ni...aku pun tak tau.. Badan ni rasa tak sihat sangat. Bila badan tak sihat...macam besa la...memang susah nak tidoq... Nak ber'facebook'..pun tak dak mood.
Sambil dok belek-belek blog aku ni..teringin pulak aku nak menulis. Mana tau..kot-kot boleh bagi manfaat... Arwah tok aku dulu..pesan kat aku..kalau beranak nanti, masa dalam pantang, kena jaga betoi-betoi. Dalam pantang, tak boleh buat sambil lewa saja. Masa tu...aku pikiaq mudah saja. Kalau sakit, doktor ada, hospital la banyak kemudahan..tambah-tambah yang swasta..bayaq duit saja..bukan setakat makan minum kita depa jaga, sampaikan pad kita yang penuh darah pun depa sanggup pegang dengan penuh senyuman.. Masa bersalin kat Aliff, kebetulan aku berpantang kat rumah mak mertua aku... Masa tu...baru aku tau betapa azab nya hidup berpantang.. Masa tu...aku lebih suka beranak 10 kali dari aku kena berpantang. Seawai 5.30 pagi, mak mertua aku dah mai sua batu tungku kat dalam kelambu aku. Nak mengelak tak boleh sebab masa aku bertunku, dia tolong jaga baby aku. Dah tu, kalau hangpa nak tau, batu tungku tu bukan sekecik-kecik anak batu..puas jugak la aku nak pegang.. Habih tungku, mak bidan mai mengurut. Tang mengurut ni, memang best..layan ja...tapi bila part dia lipat-lipat kaki...tu yang tak tahan. Abih urut, kena mandi ayaq daun pulak...serba makneka daun dia bubuh. Makan memang lalu masa dalam pantang walaupun hanya berlaukkan ikan talang kering tumbuk dengan lada hitam dan kekadang ikan haruan masak lada. Apa pun, aku berterima kasih kat mak mertua aku tu...berkat kesabaran dia dok jaga aku masa dalam pantang, setakat hari ni..alhamdulillah..segalanya masih maintain..walaupun anak dah berderet. Moral of the story, ikut pesan dan petua orang tua-tua. Depa lebih dulu makan garam.. Segala nasihat depa banyak yang betoi..semuanya untuk kebaikan kita jugak. Renung-renungkannnnn.....